Wednesday 21 November 2012

Pengenalan Mata Wang Malaysia

Selamat Datang Ke Dunia Matematik Saya!!!

Topik Perbincangan Saya Adalah Berkenaan Dengan Wang Kertas & Syiling Di Malaysia.

Pengenalan Mata Wang



RM 0.05


RM 0.10






 RM 0.20
RM 0.50





RM1.00
RM2.00
RM5.00

RM10.00

RM20.00

RM50.00

RM100.00



Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 2
Mata pelajaran                         :  Matematik
Tajuk                                       :  Wang
Masa                                        : 60 minit
Standard Pembelajaran           : 8.1 (i) dan (iii)
Objektif Pembelajaran            : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
                                                   i)  Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
                                                   ii) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang  
                                                       memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.
                                   
1.  Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50
     dan RM100 (bahan maujud).
2. Guru menerangkan bentuk, warna dan nilai mata wang serta menyatakan gabungan
     beberapa keping wang dalam bentuk  power point.
3.  Murid menyebut nilai gabungan mata wang yang dilihat.
4.  Guru membimbing murid  bermain permainan aktiviti jual beli.
5.  Murid bermain permainan membeli barangan harian berdasarkan nilai wang masing-
     masing  yang telah diberikan oleh guru.
6. Guru memberi ganjaran pada murid yang dapat menggunakan wang dengan betul
     semasa  membuat urusan jual beli.
7.  Guru menyedarkan lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK )
EK 1 - mengamalkan sikap keusahawanan
EK 2 - mengamalkan cara berfikir  ke  arah keusahawanan
TMK - 2.9 menggunakan slaid power point

Bahan Bantu Belajar              :  Wang kertas, gambar wang, lembaran kerja, power point

Nilai dan sikap                        :   jujur,berjimat-cermat, bertanggungjawab