Rancangan
Pengajaran Harian KSSR Tahun 2
Mata pelajaran :
Matematik
Tajuk :
Wang
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 8.1 (i) dan (iii)
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat :
i) Mengenal pasti mata wang
kertas RM50 dan RM100.
ii) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang
memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.
1.
Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50
dan RM100 (bahan maujud).
2. Guru menerangkan bentuk, warna dan
nilai mata wang serta menyatakan gabungan
beberapa keping wang dalam bentuk
power point.
3.
Murid menyebut nilai gabungan mata wang yang dilihat.
4.
Guru membimbing murid bermain
permainan aktiviti jual beli.
5. Murid bermain permainan membeli barangan
harian berdasarkan nilai wang masing-
masing yang telah diberikan oleh
guru.
6. Guru memberi ganjaran pada murid yang
dapat menggunakan wang dengan betul
semasa membuat urusan jual beli.
7.
Guru menyedarkan lembaran kerja.
Elemen Merentas Kurikulum ( EMK )
EK 1 - mengamalkan sikap keusahawanan
EK 2 - mengamalkan cara berfikir ke
arah keusahawanan
TMK - 2.9 menggunakan slaid power point
Bahan Bantu Belajar : Wang kertas, gambar wang, lembaran kerja,
power point
Nilai dan sikap : jujur,berjimat-cermat, bertanggungjawab
Well done!
ReplyDeleterancangan ini boleh saya jadikan contoh, terima kasih1
ReplyDelete